INCH Loss FeLiNna



8 Petua Mudah Kuruskan Badan & Kempiskan Perut
Ramai antara kita yang sanggup berhabis ratusan mahupun puluhan ribu
ringgit semata-mata untuk kuruskan badan untuk kelihatan langsing dan
menawan. Keghairahan untuk tampil dengan bentuk menawan, anggun dan
bergaya hampir menyebabkan kita gagal untuk mengawal perbelanjaan kita.
Ramai juga yang akhirnya kecewa selepas berhabisan ribuan ringgit namun hasilnya tidak memuaskan hati.
Kekecewaan ini mungkin boleh diatasi sekiranya kita mengetahui tips
atau petua untuk kuruskan badan. Ayuh kita cuba 8 tips mudah kuruskan
badan ini. Moga ada manfaatnya hasil perkongsian artikel ini.
1. Elakkan makanan ringan – Jauhkan diri daripada makanan ringan mahupun
segera terutamanya makanan bertepung atau mempunyai kandungan gula yang
tinggi. Yang penting ialah mengawal keseimbangan jumlah kalori yang
diperlukan oleh badan dengan cara makan lebih kerap tapi dalam kuantiti
yang sedikit.
2. Hadkan makanan tinggi karbohidrat – Elakkan
terlebih makan nasi, kentang, ubi dsb. Namun, jangan langsung tinggalkan
makanan karbohidrat kerana badan kita masih perlukannya sebagai sumber
tenaga.
3. Kurangkan sumber protein – Cuba kurangkan makanan
tinggi protein seperti ikan, tauhu, tempe dan daging. Elok juga
dipelbagaikan sumber protein untuk badan kita.
4. Pilih
menu makanan yang betul – Pastikan menu makanan kita pelbagai. Masukkan
sayuran dan buah-buahan kerana ia cepat mengenyangkan kita.
5. Makan banyak buah – Amalkan makan buah-buahan sebelum makan terutamanya buah-buahan seperti epal, betik, belimbing dsb.
6. Kurangkan buah manis – Cuba kurangkan makan buah-buahan yang tinggi
kadar fruktosanya seperti pisang, tembikai, anggur dan mangga. Fruktosa
yang tinggi akan bertukar menjadi glukosa dalam darah.
7.
Banyakkan minum – Latih diri untuk perbanyakkan minum air putih. Lebih
penting untuk kurangkan atau jauhkan diri dari minuman soda atau bergas.
8. Bersenam – Semua tips di atas untuk kuruskan badan akan lebih
berkesan ataupun hanya berkesan dengan hanya kita meluangkan 30 minit
hingga 1 jam untuk melakukan senaman ringan. Berjalan sekitar taman
perumahan ataupun menaiki tangga juga cara terbaik untuk melakukan
senaman mudah.
Inilah tips dan petua ringkas untuk kuruskan
badan. Usaha yang gigih dan konsisten amatlah perlu untuk berjaya dalam
misi kita untuk mengempiskan perut. Selain itu penggunaan produk yang
tepat juga dpt membantu..
RM75.00 TERMASUK POS
EMAIL: mroslini77@yahoo.comFelinna
No comments:
Post a Comment